Friday 24 June 2011

Bersara dari LIKE secara suka2 di facebook

Dulu aku seorang kaki like di Facebook. Aku akan LIKE sebanyak mana aku suka di status orang, comments and photos orang. Sampai sesetengah pihak ada rasa rimas dengan perangai aku. OK, minta maaf. Sekarang TIADA lagi. Semalam, 23june2011. Aku dah buat keputusan untuk BERSARA dari menekan butang 'LIKE' secara suka2. Akan 'LIKE' comments,status,photos,pages yang betul2 aku suka sahaja lepas ini. Sekian terima 
kasih.


Thursday 16 June 2011

Tournament Futsal di JPS Ampang.

Sorry late update again! 12June 2011, Hari ahad. Futsal tournament di JPS Ampang. Bermula pada pukul 8 hingga ke petang. Pukul 8 cabut undi dalam pukul 9 lebih baru mula main. Aku dengan team aku LIMAU FC. Team dari zaman sekolah lagi, player pun kawan2 sekolah. Cuma sekarang ada penambahan player baru tapi kawan kami juga.

Tournament ni ada 32 team yang berdaftar. Aku kumpulan C. Perlawanan pertama seri 1-1. Aku membuat kesalahan biasa iatu OWN GOAL. haih.. Perlawanan kedua kami menang 3-2 dan perlawanan terakhir bagi peringkat kumpulan kami menang 2-0. Kami bangga dapat lepas peringkat kumpulan, pusingan kedua kami membelasah pasukan yang mengumpul 9point penuh dalam peringkat kumpulan. Kami menang 3-0.

Peringkat suku akhir, hamper sudah dalam tangan. Kalau masuk separuh akhir, duit sudah dalam tangan. hehe tapi apakan daya, rezeki kami sampai suku akhir sahaja. Kami dibelasah 3-1 dengan pasukan dari lembah jaya. Pasukan yang ada kembar, kembar yang hebat! aku gagal mengawal mereka.

Lepas habis perlawanan, aku dengan azim menunggu penyampaian hadiah2. Terpaksa tengok perlawanan akhir. Pasukan kembar yang mengalahkan kami itu masuk final, tapi mereka kalah dengan pasukan yang kami seri di peringkat kumpulan. Selepas tamat perlawanan, penyampaian hadiah pun mula. No 5 hingga 8 akan mendapat hadiah saguhati iaitu hamper. No 3 dan 4 dapat hamper dan duit. Manakala juara dan naib juara dapat hamper, piala dan duit. Aku bangga dengan pasukan aku yang dah lama tak masuk mana2 tournament futsal dan tiba2 kami sampai ke suku akhir cuma tak ada rezeki. Insyaallah kami akan cuba lagi.

Limau FC (Atas : Akim,Anif,Acap,Azim) (Bawah : Kyo dan Arip)


Azim dan aku bersama hamper.

Selamat Tinggal Sabak Bernam. :(

Sorry late update again, 11June 2011. Hari sabtu iatu hari terakhir aku berada di Sabak Bernam. Aku akan meninggalkan tempat ni yang selama 2 tahun aku menetap sebagai pelajar Kolej Komuniti Sabak Bernam. Berat hati nak tinggalkan tempat ini. Banyak kenangan bersama kawan kolej dan kawan2 sabak bernam. Hari itu, baru lah aku rasa sedih sangat. 11.45 tiket bus aku. Pagi2 aku dah siap semua barang2 yang nak bawak balik ke Ampang. 11.30, aku pun siap2 untuk bergerak, Aku salam kawan2 rumah sewa aku dan meminta maaf jika ada salah.  Ustad kawan baik aku tolong hantar aku ke station bus Sabak Bernam. Dia meneman aku sekali di station bus. Untuk kali terakhir.. Bus pun sampai, aku salam dan meminta maaf dekat dia. Dalam bus, aku SMS semua orang yang aku tak sempat jumpa, aku bagitahu aku sudah beransur pulang. Sangat sedih ketika itu sampai mengalir air mata dalam bus. Background music pun Mariah carey - My all. Bagus la kan, lagi bertambah sedih aku dalam bus. Agak lama perasaan sedih tu nak hilang, aku sampai tak boleh tidur dalam bus. Dalam pukul 3.30pm macam tu, aku akhirnya sampai Ampang dan akan merindui Kelas SPS4A, pensyarah2, kawan2 sabak. Thanks for everything guys. :')




Last paper and Overnight.

Sorry late update, 9june 2011 ialah tarikh terakhir aku exam di kolej komuniti sabak bernam. Ada 2 paper, subject Lukisan kerjaya and Cadd. Exam senang sangat, memang puas hati jawab soalan. Pada pukul 4pm, habis lah menjawab exam Cadd. Aku orang ke 3 terakhir keluar kelas. Kawan2 lain semua dah keluar dulu, sebab mereka semua jawab cepat. Habis je aku pun turun jumpa semua kawan. Semua salam menyalam, bermaaf-maafan sebab hari itu ada hari terakhir bagi semester kami. Lepas ni semua ada life sendiri, Sama ada sambung belajar atau kerja terus. Lepas kami bersalaman, kami pun pergi ke pejabat untuk jumpa pensyarah2 yang ajar kami. Mintak maaf dan mintak berkat dari mereka. Terima kasih kepada pensyarah2 yang telah ajar saya!

 Lepas itu, aku berjumpa dengan kawan aku, Arina. Dia ajak aku ikut dia dan kawan2 kelas dia pergi overnight di sitiawan. Aku malu dan aku kata taknak tapi dia mengajak aku lagi. Sampai nak belanja, So apa boleh buat? aku pun ikut tapi aku ajak kawan aku 2 orang, Ustad dan azri untuk teman. Petang itu, macam biasa aku pegi main futsal di taman rumah sewa aku. Pukul 8 baru balik rumah dan aku janji dengan Arina pukul 8.30 gerak. Balik rumah, aku terus siap dan ajak kawan aku pegi ke rumah Arina. Tunggu kereta ambik kami bertiga, Maklumlah kami kan boss. hehe.. Dalam pukul 8.40 macam tu baru sampai dan kami terus gerak. Kami singgah sitiawan nak tengok wayang cerita KL gangster tapi FULL. Oh sangat kecewa tapi tak apa. Kami singgah Manjung untuk Dinner! Terima kasih Arina sebab belanja! Lepas dinner kami gerak ke sitiawan semula untuk Karaoke tapi CANCEL. Tak tahu kenapa lah! :( So, Tak ada apa nak buat, kami pegi ke Lumut. Lepak2 dekat jeti tu sampai mengantuk. Borak2 dengan kawan2. Snap gambar ramai2. Lepas Lumut, kami singgah Teluk Batik sebab dah dekat. Kami lepak di tepi pantai ramai2, ada yang memancing. Aku tak minat mancing. So aku just jalan2 dan baring2 sambil sembang tepi pantai itu je. Last2 aku tertidur, sebab penat dan bosan malam tu. Ada yang pegi McD tapi ramai yang tertido sebab penat la kan. Tapi tidur pun tak cukup, dapat tidur macam2 tu je. Pagi dalam pukul 7 lebih, kami bangun dan naik kereta terus ke masjid untuk membersihkan diri masing2. Aku just cuci2 muka bagi segar. Mereka semua plan nak mandi sungai dekat Kuala Woh. Mula2 ada kata tak jadi, sebab jauh. Tapi last2 pergi jugak. Aku dengan tak ada pakaian lebih terpaksa singgah kedai beli. 

Sebelum pegi mandi, kami singgah sarapan pagi di Teluk intan. Lepas masing2 kenyang, baru bergerak ke destinasi. Singgah di Pekan Tapah untuk membeli pakaian aku, aku cuma beli seluar pendek. Terima kasih Arina sebab belanja lagi. HEHE.. So, lepas shopping seluar, perjalanan diteruskan. Dalam pukul 10 baru sampai Kuala Woh, terus cari port untuk letak barang. Dah siap2 semua, Apa lagi nak tunggu? Aku terjun lah dalam sungai. Lama dah tak mandi sungai. Bershampoo bagai dengan mereka. Pukul 12.30 kami naik, siap2 untuk balik. Lagi pun nak Solat jumaat kan? Sebelum balik, ambik gambar dulu! :) Kami singgah Masjid di pekan Tapah untuk menunaikan solat jumaat. Pukul 2 selesai solat, singgah makan di restoran berdekatan. 3pm kami beransur pulang ke Sabak bernam. Aku macam biasa, tidur je dalam kereta. Dalam 4pm macam tu baru sampai Rumah sewa. Terima kasih kepada kawan yang ada malam itu. i have a wonderful night with you all. 











*Sampai rumah terus siap2 untuk main futsal dekat taman. Futsal tetap futsal. hehe.. :)

Monday 23 May 2011

Jersi baru Manchester United

Inilah jersi baru Manchester United bagi musim 11/12. Jersi baru dan semangat baru untuk semua pemain. Harap dengan adanya jersi baru ini dapat lah kejuaraan yang ke 20 bagi musim depan dan juga piala2 lain. Jersi ini akan dirasmikan di USA Tour '11 pada musim panas ini.



 



Rio Ferdinand


Wayne Rooney

Javier Hernandez

Patrice Evra

Champions again!

Piala BPL kembali semula ke Old Trafford setelah United menewaskan Blackpool 4-2 di tempat sendiri malam tadi. Blackpool pula tersingkir dari BPL musim ini. Ini kejuaraan United yang ke 19, memecah rekod musuh tradisi iaitu LiverFool. Glory-Glory Manchester United!

Sangat berpuas hati dan seronok sebab United menang BPL dan memecah rekod Liverfool. Tahun depan kejuaraan yang ke 20. Insyaallah! 28May ini pula lawan Barcelona di Wembley. Harap ada rezeki menang Champions league kali ini. Kalau menang, percapaian terbaik musim ini untuk United dan Van der sar yang akan bersara musim ini.  

22May sangat gembira bagi diri aku sebagai penyokong United. Harap 28May ini gembira lagi sekali. :)



The Champions Again
The captain marvel Vidic

The legend Van der sar

The best United manager Sir Alex Ferguson

Saturday 14 May 2011

Fashion Show KKSB

Tuesday, 10 May.  Aku Volunteer diri untuk shoot gambar fashion show di kolej komuniti sabak bernam iaitu kolej aku sendiri. Event ini organise oleh pelajar kos fashion jugak dan talent2 pun pelajar fashion jugak. Bermula pada pukul 2.30pm. Sehari sebelum event ni (Isnin), aku memang nak volunteer diri nak shoot gambar mereka TAPI bila dah sampai sana keesokkan harinya. Aku tak berapa sihat, SELSEMA yang agak teruk dari pagi. So aku decide tak nak pegi la, tidur dekat rumah lagi best. At the same time, dalam fikiran aku kata NAK jugak. So, aku 50-50.. Tiba2 pukul 1.40pm, Someone call me and ask me to come. So, i said i'm not feeling well, but she's sound dissapointed. So, I decide to go there and shoot. Sampai sana around 2pm. Belum lagi mula, mereka tengah rehearsel. Aku dah mula shoot beberape gambar mereka lah. Sementara nak start, aku menunggu Cik zila yang tersayang ni bawak Lens 50-200mm dia. Aku nak pinjam sementara. Kelam kabut dia bagi. Thank you sayang! 2.30pm mula event ini, doa pembukaan oleh ustad syafiq iatu kawan kelas aku. Terima kasih meneman aku di event itu. Tak pasal2 dia kena baca doa. hahaha... Around 3.30pm event ini habis. Event ni kejap, tapi best la jugak. Dapat pengalaman nak shoot catwalk. So, here some photos..  :)












Arabic Makeover contest by Wan eiza.

Sunday, 8may. Aku, zila , anim dan fiza bertolak dari kapar,klang (Rumah zila) pada pukul 7pagi ke Taman bukit jalil untuk Contest photoshoot yang bertemakan Arabic! Yeahhh arabian lah girlfriend aku ni. Bertolak menggunakan GPS Garmin, alat tu menunjukkan jalan yang betul tapi sedikit jauh. Apa2pun selamat sampai jugak di sana pada pukul 8.30. Sampai sana, aku jumpa kawan aku dan menolong mereka angkat hamper2 pemenang contest sebelum ni termasuklah hamper aku. Sebab aku dapat no 3 dalam kategori photographer berbakat dan Group terbaik no 3 juga. Lepas selesai semua, semua talent dipanggil untuk mengambil pakaian yang disponsor untuk masing2. Zila yang bersaiz kecil ini dapat warna kuning, mengikut no group yang ke 4. Bermulalah sesi make up bersama MUA aku kak azura. Make up mengambil masa yang agak lama dan diriku sudah pun rasa LEMAU. 3jam kemudian baru lah siap, Agak2 dalam pukul 12 lebih jugak siap semua. Selesai make up sesi makan pula. YAAAA itu yang aku tunggu2kan semasa dorang make up tadi. Dapat merasa masakkan kawan aku, anak kepada organiser contest ini. Nasi putih dan kari ayam, itu pun sudah mencukupi bagi aku. Sebab aku TERlalu LAPAR. Ok, lepas tu organiser memberi tahu yang sesi bergambar sampai pukul 3.30pm. Tanpa berlengah masa lagi, aku dan zila mula berjalan ke lokasi mengambil gambar. Kami jalan2 satu taman bukit jalil ni untuk mencari lokasi yang sesuai. Cuaca agak PANAS seperti di padang pasir, kenalah dengan tema ini. Betul2 panas dan berpeluh seperti bersukan. Kami sangat sangat penat, pada pukul 3.20pm kami berhenti bergambar dan berehat di tempat make up kami. Berehat seketika bersama COKE, oh rasa lega bila dapat minum! Lepas itu kepada MUA, Photog dan Talent, kami semua pergi ke depan untuk mengambil Door gift, Yeah dapat frame gambar! Selesai semua, kami pun pulang dengan gembira dan PENAT sangat. Whatever is it, that day we're all so happy and tired but we're all gets new experience. Here, have a look some of my shoot..







Selebihnya ada di album Facebook saya. : http://www.facebook.com/WayneDanny

Sunday 1 May 2011

Separuh mati

Selamat hari pekerja kepada semua yang bekerja. Cerita ni pada 30april 2011. Aku tak sempat nak update sebab tak larat. Lebih kurang pukul 2 pagi, aku sesak nafas. Teruk sangat, sampai rasa macam nak mati. Inhaler aku dah habis lama, sampai aku try kutip yang lama2 punya tengok ada ke tak. ada sikit, tapi terkena pulak masa tu dah HABIS! Apa aku buat masa tu, aku sapu tiger bum. Bagi sikit dada aku, tapi tak menjadi. Aku turun bawah, buat milo panas dan minum. Masih sesak, aku dah kelam kabut masa tu. Tujuan aku buat tu semua, nak kasi panaskan dada aku untuk sementara saja. Plan tengahari baru nak ke klinik, sedut gas. Tapi aku dah tak tahan sangat, aku tak nak ganggu ayah dan ibu aku tengah tidur nyenyak. Aku mampu duduk, baring, duduk dan baring semula. Sempat jugak update status facebook 'Dying?'. Kawan aku REEN rahman tegur di facebook, Dia tanya 'Akim, are you ok'? dan aku reply 'No, I'm not'. Then she text me dan bertanya lagi dan lagi. She's worried about me. Aku cakap aku memang tak tahan dan tak reply terus. Aku buat keputusan nak menganggu ibu dan ayah aku. Aku kejutkan ibu, kata nak pergi klinik dan ibu terus bagi duit untuk ubat. Aku terus turun ke bawah ambil kunci motor. Aku nak pergi sendiri, tapi ibu tak bagi. Dia suruh ayah teman sebab takut aku pengsan masa bawak motor. Tapi aku larat lagi lah! Sebelum pergi aku sempat text my girlfriend and i said 'iloveyou' to her. Aku tahu dia dah tidur nyenyak dan tak nak ganggu dia dan tak nak bagi dia risau. Aku pun pergi la ke klinik gomez (Dekat2 rumah aku). Masuk terus cakap dengan akak tu, nak GAS! Dia terus setupkan semua, dah siap aku pun SEDUT yeahhh! Lebih kurang 15 minit macam tu baru habis. Aku rasa lega sikit dan menggigil. Oh menggigil tu perkara biasa bila dapat sedut tu. Then aku mintak inhaler dan bayar dan balik terus. Tanpa melengahkan masa, aku masuk bilik untuk sambung tidur. Walau macam mana pun, TIDUR tetap TIDUR! Around 7am, My lovely girlfriend called me, dia tanya okay tak? dia risau, katanya dia tak sedap hati. Dan aku dalam keadaan mamai, cakap lah aku okay semuanya. Tak perlu risau lagi, Inhaler dah ada sebelah. So, aku dah boleh pakai jika TERsesak nafas.





*Aku tetap degil, masih bermanja dengan kucing kesayangan, masih minum air bergas, masih banyak minum   ais, masih makan ice cream. Itu sebab aku selalu kena SEMPUT. Tak tahu macam mana nak kawal, sebab semuanya tu favourite aku! damn.

Thursday 21 April 2011

Dz Villa?

Just nak share gambar rumah yang aku design menggunakan Autocad 3D. Yang ni edit untuk presentation nanti, tapi ni testing sahaja. Yang betul, kena buat template baru! Mungkin lebih cantik? Insyaallah.


Screw the haters!

Ini cerita kolej yang tengah panas buat masa ni. Pasal kereta si A kena langgar lari dengan si B. ok, dalam cerita ni memang tak tahu siapa salah pun TETAPI si A tiba2 la panggil si B ni tanya pasal kesan langgar ni TAPI cara menanya dia macam si B ni betul2 salah. WTF, macam dekat lorong rumah ni 2 ketul kereta tu je ada. Padahal banyak lagi, then blablabla terus ke balai. Mula2 si A nak buat report, Puiii. Tak sabar2 sangat, nak saman bagai. Oh yeahh mungkin kaya? -.-  Yang si B ni taknak buat report apa2. Then call akak dia, akak dia ceramah si A. Last2 tak jadi pun report, disebabkan nasihat dari akak si B. Even polis pun nak buat siasatan pun tak boleh, dah la tak ada saksi yang nampak si B langgar. Lepas habis semua, Then end and to be countinue the next next day. (Hari ini)


Sambung, pagi2 lagi akak dan mak si B datang ke kolej untuk berjumpa dengan Si B dan Si A dan Si bf (A). Tetapi yang muncul hanya si B. oh mungkin mereka sibuk dengan kelas masing2. Tidak mengapa. Si B dan keluarganya pergi ke balas polis untuk membuat aduan dan errrr tak tahu cerita. Tahu2 Si B cakap dia dah buat Report pelindungan. Ok nice move! Pukul 10 lebih, Si B dan akaknya tunggu Si A di luar kolej, berhampiran dengan kereta si B. Dia tak muncul, yang muncul budak kelas si A punya BOYFRIEND. Pfffttt!
Mula kecoh disitu sebab salah sorang budak kelas LELAKI ni tengking akak si B ni. Agak kurang ajar disitu. Apa aku boleh buat, hanya melihat. MELAINKAN si A punya BOYFRIEND ni tengking, mungkin aku boleh tengking balik sebab aku benci dia. Talk, talk and talkk lelaki tu bla dari situ. Tinggal aku, akak, si B dan boyfriend si A. Bising bising disitu, keadaan semakin rumit. Akhirnya muncul wanita ERRRRRRR.. i mean si A tu muncul, cakap punya cakap. dia cakap ada bukti, geli dengor! Mula mula kena, tak nampak pulak bukti dan2 masa tu ada pulak bukti. dan kesan bukti tu pun FAKE. Last2 settle sekejap dekat situ,15 minit later. Bapa angkat kepada si B ni datang, iaitu salah sorang polis di sabak bernam. Mungkin pangkat besar, pegi jumpa budak kurang ajar tu. Kecoh lagi di situ, maklum lah. masing2 hero. GELI!! Kesian si B sampai tension dan menangis di situ. :(  Then mereka bla masuk kelas, polis masuk dalam kolej jumpa dengan lecture. Panggil lah sekali 2 ekor tu (Si A dan boyfriendnya) dan si B. Settle di office, secara elok. Polis tidak akan mengambil tindakan, Kira kes tutup! Ya alhamdulilah, settle. Errrr settle ke? hari ni mungkin settle, esok lusa siapa tahu? Mulut yang tak ada kena mengena dan yang Anti Si B ni memang tak penah tutup, mereka tak tahu kenapa tak suka Si B ni. Kenapa perlu seksa hidup gadis yang tak bersalah? Seronok ke? Yang sebenarnya, aku memang menyampah dengan keadaan kolej tahun ni. Tak boleh ke pergi balik kolej seronok sahaja? Bodoh betul!  Sekian...






Gambar accident tidak akan tayang di sini. 

Sunday 10 April 2011

Tesco dan Pavilion

Tesco dan Pavilion? errr.. Tesco? Semalam pertama kali dalam hidup, aku dan kawan baik aku yang bernama Azim. pergi ke tesco dengan berpakaian lawa macam nak ke PAVILION dengan membawa DSLR masing2. Yang sebenarnya, kami ke sana nak tengok kawan kami, Fazz Nemo ada pertandingan kawad kaki di Kajang. Dia mewakilli kadet polis untuk sekolah menengahnya. Tapi malangnya, kami sampai lewat sedikit sebab Azim ada hal pagi itu dan aku pulak hanya menumpang Azim. So, lambat jugak la kan. Pukul 12.30 baru gerak dari rumah aku di Ampang. Masa tu dia nak mula berkawad dah. Sampai sana dalam pukul 1.30, kami terus ke Tesco Kajang sebab pertandingan itu pun sebelah Tesco sahaja. So, parking di sana dan jalan2 beli roti sementara menunggu si fazz ni. Sebab dia kata dah nak habis dan dia pun nak datang Tesco. Lepastu kami jalan punya jalan, akhirnya jumpa jugak Fazz! Pertama kali jumpa. hehe. Jumpa di depan pizza hut dalam Tesco. Masing2 belum makan, So kami pun join fazz and kawan2 kawad dia di pizza hut itu. (Lepak dengan geng form 4/5) huhu. Kami pun order dan makan dan borak2. Pertama kali jumpa, so masing2 malu tersipu-sipu. Tiba2 Acap Adenan call, ajak keluar tengok wayang tapi suruh datang rumah dia dulu sebab rumah dia dekat2 situ jugak. Pukul 3 diorang semua kena masuk balik, kami pun kena la pulang. Kami seronok dapat jumpa Fazz. Next time, Insyaallah kalau ada masa kita jumpa lagi. Good luck with your SPM Fazz. 


Pavilion pula ceritanya. Lepas je kami jumpa Fazz, kami ke rumah acap denan. Dekat2 area Kajang jugak. So, sampai je rumah dia ingatkan dah siap. Rupanya2nya masih terbongkang di depan TV. So, tunggu lah dalam 15 minit dia siap. Keluar rumah dalam pukul 3.40 masa tu pun cuaca sangatlah gelap. Ada harapan lah lencun nanti. Kami stop sekejap di bawah highway (Tak tahu dimana) sebab nak tunggu hujan reda sikit. dalam 10 minit lepak tepi jalan tu then baru lah mulakan perjalanan. Aku dan Azim singgah Jalan Duta sebab aku nak beli tiket bus untuk pulang ke Sabak Bernam tapi acap tidak ikut sekali. Kami berpecah, Acap pegi ke pavilion dulu untuk beli tiket wayang cerita 'Just go with it'. Lepas selesai aku beli tiket bus, kami terus ke pavilion. Tiket wayang start pukul 6.30 masa tu baru 5.20. So, kami jalan2 sekitar pavilion yang bosan tu sementara tunggu wayang start. Jalan2 tengok orang, macam2 jenis pakaian. Sabtu hari lepak pavillion bagi diorang semua. Kami turun ke pintu entrance pavilion, ada pameran kereta F1 lotus. Sempat bergambar, gambar acap sahaja yang banyak!






Lepas bergambar disitu, kami pun keluar di depan pavillion sekejap, dah lama tak tengok budak2 pavillion membuang masa di entrance dengan berpakaian 'WOW!'. Kami pun sempat bergambar dan aku sempat curi2 shoot gambar diorang di sekitar pavillion yang 'indah' ini.


Pavilion yang indah



Ashraf Adenan




Azim Indrawaty

Sudah pukul 6.25, kami pun terus bergerak ke wayang. Lambat sikit masuk sebab aku beli popcorn and air kena beratur panjang. Damn it! Then kami pun layan lah cerita favourite Actor kami, Adam Sandler! One of the best comedian actor. Cerita Just go with it memang seronok dan kelakar. (Cerita adam sandler tak pernah bosan) habis cerita tu dalam puku 9 lebih. Then kami terus pulang ke rumah sebab lepas tu acap nak main futsal dan aku nak tengok Manchester united. Azim pun hantar aku pulang ke rumah. Ini sahaja lah cerita untuk hari semalam.




Saturday 9 April 2011

The Beginning

Hello everyone, This is the first update of my new blog. Before this i'm using the waynedanny.blogspot.com.  Its a long time ago, so i forgot the email and password. Damn it!


Anyway, that blog its nothing. Because i posted ONLY 5 story in a month of 2009. So, its nothing to read. Hopefully, with this new blog i can post a lot of interesting story of myself or other things i like to share. Cheers!