Thursday 21 April 2011

Dz Villa?

Just nak share gambar rumah yang aku design menggunakan Autocad 3D. Yang ni edit untuk presentation nanti, tapi ni testing sahaja. Yang betul, kena buat template baru! Mungkin lebih cantik? Insyaallah.


Screw the haters!

Ini cerita kolej yang tengah panas buat masa ni. Pasal kereta si A kena langgar lari dengan si B. ok, dalam cerita ni memang tak tahu siapa salah pun TETAPI si A tiba2 la panggil si B ni tanya pasal kesan langgar ni TAPI cara menanya dia macam si B ni betul2 salah. WTF, macam dekat lorong rumah ni 2 ketul kereta tu je ada. Padahal banyak lagi, then blablabla terus ke balai. Mula2 si A nak buat report, Puiii. Tak sabar2 sangat, nak saman bagai. Oh yeahh mungkin kaya? -.-  Yang si B ni taknak buat report apa2. Then call akak dia, akak dia ceramah si A. Last2 tak jadi pun report, disebabkan nasihat dari akak si B. Even polis pun nak buat siasatan pun tak boleh, dah la tak ada saksi yang nampak si B langgar. Lepas habis semua, Then end and to be countinue the next next day. (Hari ini)


Sambung, pagi2 lagi akak dan mak si B datang ke kolej untuk berjumpa dengan Si B dan Si A dan Si bf (A). Tetapi yang muncul hanya si B. oh mungkin mereka sibuk dengan kelas masing2. Tidak mengapa. Si B dan keluarganya pergi ke balas polis untuk membuat aduan dan errrr tak tahu cerita. Tahu2 Si B cakap dia dah buat Report pelindungan. Ok nice move! Pukul 10 lebih, Si B dan akaknya tunggu Si A di luar kolej, berhampiran dengan kereta si B. Dia tak muncul, yang muncul budak kelas si A punya BOYFRIEND. Pfffttt!
Mula kecoh disitu sebab salah sorang budak kelas LELAKI ni tengking akak si B ni. Agak kurang ajar disitu. Apa aku boleh buat, hanya melihat. MELAINKAN si A punya BOYFRIEND ni tengking, mungkin aku boleh tengking balik sebab aku benci dia. Talk, talk and talkk lelaki tu bla dari situ. Tinggal aku, akak, si B dan boyfriend si A. Bising bising disitu, keadaan semakin rumit. Akhirnya muncul wanita ERRRRRRR.. i mean si A tu muncul, cakap punya cakap. dia cakap ada bukti, geli dengor! Mula mula kena, tak nampak pulak bukti dan2 masa tu ada pulak bukti. dan kesan bukti tu pun FAKE. Last2 settle sekejap dekat situ,15 minit later. Bapa angkat kepada si B ni datang, iaitu salah sorang polis di sabak bernam. Mungkin pangkat besar, pegi jumpa budak kurang ajar tu. Kecoh lagi di situ, maklum lah. masing2 hero. GELI!! Kesian si B sampai tension dan menangis di situ. :(  Then mereka bla masuk kelas, polis masuk dalam kolej jumpa dengan lecture. Panggil lah sekali 2 ekor tu (Si A dan boyfriendnya) dan si B. Settle di office, secara elok. Polis tidak akan mengambil tindakan, Kira kes tutup! Ya alhamdulilah, settle. Errrr settle ke? hari ni mungkin settle, esok lusa siapa tahu? Mulut yang tak ada kena mengena dan yang Anti Si B ni memang tak penah tutup, mereka tak tahu kenapa tak suka Si B ni. Kenapa perlu seksa hidup gadis yang tak bersalah? Seronok ke? Yang sebenarnya, aku memang menyampah dengan keadaan kolej tahun ni. Tak boleh ke pergi balik kolej seronok sahaja? Bodoh betul!  Sekian...






Gambar accident tidak akan tayang di sini. 

Sunday 10 April 2011

Tesco dan Pavilion

Tesco dan Pavilion? errr.. Tesco? Semalam pertama kali dalam hidup, aku dan kawan baik aku yang bernama Azim. pergi ke tesco dengan berpakaian lawa macam nak ke PAVILION dengan membawa DSLR masing2. Yang sebenarnya, kami ke sana nak tengok kawan kami, Fazz Nemo ada pertandingan kawad kaki di Kajang. Dia mewakilli kadet polis untuk sekolah menengahnya. Tapi malangnya, kami sampai lewat sedikit sebab Azim ada hal pagi itu dan aku pulak hanya menumpang Azim. So, lambat jugak la kan. Pukul 12.30 baru gerak dari rumah aku di Ampang. Masa tu dia nak mula berkawad dah. Sampai sana dalam pukul 1.30, kami terus ke Tesco Kajang sebab pertandingan itu pun sebelah Tesco sahaja. So, parking di sana dan jalan2 beli roti sementara menunggu si fazz ni. Sebab dia kata dah nak habis dan dia pun nak datang Tesco. Lepastu kami jalan punya jalan, akhirnya jumpa jugak Fazz! Pertama kali jumpa. hehe. Jumpa di depan pizza hut dalam Tesco. Masing2 belum makan, So kami pun join fazz and kawan2 kawad dia di pizza hut itu. (Lepak dengan geng form 4/5) huhu. Kami pun order dan makan dan borak2. Pertama kali jumpa, so masing2 malu tersipu-sipu. Tiba2 Acap Adenan call, ajak keluar tengok wayang tapi suruh datang rumah dia dulu sebab rumah dia dekat2 situ jugak. Pukul 3 diorang semua kena masuk balik, kami pun kena la pulang. Kami seronok dapat jumpa Fazz. Next time, Insyaallah kalau ada masa kita jumpa lagi. Good luck with your SPM Fazz. 


Pavilion pula ceritanya. Lepas je kami jumpa Fazz, kami ke rumah acap denan. Dekat2 area Kajang jugak. So, sampai je rumah dia ingatkan dah siap. Rupanya2nya masih terbongkang di depan TV. So, tunggu lah dalam 15 minit dia siap. Keluar rumah dalam pukul 3.40 masa tu pun cuaca sangatlah gelap. Ada harapan lah lencun nanti. Kami stop sekejap di bawah highway (Tak tahu dimana) sebab nak tunggu hujan reda sikit. dalam 10 minit lepak tepi jalan tu then baru lah mulakan perjalanan. Aku dan Azim singgah Jalan Duta sebab aku nak beli tiket bus untuk pulang ke Sabak Bernam tapi acap tidak ikut sekali. Kami berpecah, Acap pegi ke pavilion dulu untuk beli tiket wayang cerita 'Just go with it'. Lepas selesai aku beli tiket bus, kami terus ke pavilion. Tiket wayang start pukul 6.30 masa tu baru 5.20. So, kami jalan2 sekitar pavilion yang bosan tu sementara tunggu wayang start. Jalan2 tengok orang, macam2 jenis pakaian. Sabtu hari lepak pavillion bagi diorang semua. Kami turun ke pintu entrance pavilion, ada pameran kereta F1 lotus. Sempat bergambar, gambar acap sahaja yang banyak!






Lepas bergambar disitu, kami pun keluar di depan pavillion sekejap, dah lama tak tengok budak2 pavillion membuang masa di entrance dengan berpakaian 'WOW!'. Kami pun sempat bergambar dan aku sempat curi2 shoot gambar diorang di sekitar pavillion yang 'indah' ini.


Pavilion yang indah



Ashraf Adenan




Azim Indrawaty

Sudah pukul 6.25, kami pun terus bergerak ke wayang. Lambat sikit masuk sebab aku beli popcorn and air kena beratur panjang. Damn it! Then kami pun layan lah cerita favourite Actor kami, Adam Sandler! One of the best comedian actor. Cerita Just go with it memang seronok dan kelakar. (Cerita adam sandler tak pernah bosan) habis cerita tu dalam puku 9 lebih. Then kami terus pulang ke rumah sebab lepas tu acap nak main futsal dan aku nak tengok Manchester united. Azim pun hantar aku pulang ke rumah. Ini sahaja lah cerita untuk hari semalam.




Saturday 9 April 2011

The Beginning

Hello everyone, This is the first update of my new blog. Before this i'm using the waynedanny.blogspot.com.  Its a long time ago, so i forgot the email and password. Damn it!


Anyway, that blog its nothing. Because i posted ONLY 5 story in a month of 2009. So, its nothing to read. Hopefully, with this new blog i can post a lot of interesting story of myself or other things i like to share. Cheers!