Sunday 10 April 2011

Tesco dan Pavilion

Tesco dan Pavilion? errr.. Tesco? Semalam pertama kali dalam hidup, aku dan kawan baik aku yang bernama Azim. pergi ke tesco dengan berpakaian lawa macam nak ke PAVILION dengan membawa DSLR masing2. Yang sebenarnya, kami ke sana nak tengok kawan kami, Fazz Nemo ada pertandingan kawad kaki di Kajang. Dia mewakilli kadet polis untuk sekolah menengahnya. Tapi malangnya, kami sampai lewat sedikit sebab Azim ada hal pagi itu dan aku pulak hanya menumpang Azim. So, lambat jugak la kan. Pukul 12.30 baru gerak dari rumah aku di Ampang. Masa tu dia nak mula berkawad dah. Sampai sana dalam pukul 1.30, kami terus ke Tesco Kajang sebab pertandingan itu pun sebelah Tesco sahaja. So, parking di sana dan jalan2 beli roti sementara menunggu si fazz ni. Sebab dia kata dah nak habis dan dia pun nak datang Tesco. Lepastu kami jalan punya jalan, akhirnya jumpa jugak Fazz! Pertama kali jumpa. hehe. Jumpa di depan pizza hut dalam Tesco. Masing2 belum makan, So kami pun join fazz and kawan2 kawad dia di pizza hut itu. (Lepak dengan geng form 4/5) huhu. Kami pun order dan makan dan borak2. Pertama kali jumpa, so masing2 malu tersipu-sipu. Tiba2 Acap Adenan call, ajak keluar tengok wayang tapi suruh datang rumah dia dulu sebab rumah dia dekat2 situ jugak. Pukul 3 diorang semua kena masuk balik, kami pun kena la pulang. Kami seronok dapat jumpa Fazz. Next time, Insyaallah kalau ada masa kita jumpa lagi. Good luck with your SPM Fazz. 


Pavilion pula ceritanya. Lepas je kami jumpa Fazz, kami ke rumah acap denan. Dekat2 area Kajang jugak. So, sampai je rumah dia ingatkan dah siap. Rupanya2nya masih terbongkang di depan TV. So, tunggu lah dalam 15 minit dia siap. Keluar rumah dalam pukul 3.40 masa tu pun cuaca sangatlah gelap. Ada harapan lah lencun nanti. Kami stop sekejap di bawah highway (Tak tahu dimana) sebab nak tunggu hujan reda sikit. dalam 10 minit lepak tepi jalan tu then baru lah mulakan perjalanan. Aku dan Azim singgah Jalan Duta sebab aku nak beli tiket bus untuk pulang ke Sabak Bernam tapi acap tidak ikut sekali. Kami berpecah, Acap pegi ke pavilion dulu untuk beli tiket wayang cerita 'Just go with it'. Lepas selesai aku beli tiket bus, kami terus ke pavilion. Tiket wayang start pukul 6.30 masa tu baru 5.20. So, kami jalan2 sekitar pavilion yang bosan tu sementara tunggu wayang start. Jalan2 tengok orang, macam2 jenis pakaian. Sabtu hari lepak pavillion bagi diorang semua. Kami turun ke pintu entrance pavilion, ada pameran kereta F1 lotus. Sempat bergambar, gambar acap sahaja yang banyak!






Lepas bergambar disitu, kami pun keluar di depan pavillion sekejap, dah lama tak tengok budak2 pavillion membuang masa di entrance dengan berpakaian 'WOW!'. Kami pun sempat bergambar dan aku sempat curi2 shoot gambar diorang di sekitar pavillion yang 'indah' ini.


Pavilion yang indah



Ashraf Adenan




Azim Indrawaty

Sudah pukul 6.25, kami pun terus bergerak ke wayang. Lambat sikit masuk sebab aku beli popcorn and air kena beratur panjang. Damn it! Then kami pun layan lah cerita favourite Actor kami, Adam Sandler! One of the best comedian actor. Cerita Just go with it memang seronok dan kelakar. (Cerita adam sandler tak pernah bosan) habis cerita tu dalam puku 9 lebih. Then kami terus pulang ke rumah sebab lepas tu acap nak main futsal dan aku nak tengok Manchester united. Azim pun hantar aku pulang ke rumah. Ini sahaja lah cerita untuk hari semalam.