Sunday, 1 May 2011

Separuh mati

Selamat hari pekerja kepada semua yang bekerja. Cerita ni pada 30april 2011. Aku tak sempat nak update sebab tak larat. Lebih kurang pukul 2 pagi, aku sesak nafas. Teruk sangat, sampai rasa macam nak mati. Inhaler aku dah habis lama, sampai aku try kutip yang lama2 punya tengok ada ke tak. ada sikit, tapi terkena pulak masa tu dah HABIS! Apa aku buat masa tu, aku sapu tiger bum. Bagi sikit dada aku, tapi tak menjadi. Aku turun bawah, buat milo panas dan minum. Masih sesak, aku dah kelam kabut masa tu. Tujuan aku buat tu semua, nak kasi panaskan dada aku untuk sementara saja. Plan tengahari baru nak ke klinik, sedut gas. Tapi aku dah tak tahan sangat, aku tak nak ganggu ayah dan ibu aku tengah tidur nyenyak. Aku mampu duduk, baring, duduk dan baring semula. Sempat jugak update status facebook 'Dying?'. Kawan aku REEN rahman tegur di facebook, Dia tanya 'Akim, are you ok'? dan aku reply 'No, I'm not'. Then she text me dan bertanya lagi dan lagi. She's worried about me. Aku cakap aku memang tak tahan dan tak reply terus. Aku buat keputusan nak menganggu ibu dan ayah aku. Aku kejutkan ibu, kata nak pergi klinik dan ibu terus bagi duit untuk ubat. Aku terus turun ke bawah ambil kunci motor. Aku nak pergi sendiri, tapi ibu tak bagi. Dia suruh ayah teman sebab takut aku pengsan masa bawak motor. Tapi aku larat lagi lah! Sebelum pergi aku sempat text my girlfriend and i said 'iloveyou' to her. Aku tahu dia dah tidur nyenyak dan tak nak ganggu dia dan tak nak bagi dia risau. Aku pun pergi la ke klinik gomez (Dekat2 rumah aku). Masuk terus cakap dengan akak tu, nak GAS! Dia terus setupkan semua, dah siap aku pun SEDUT yeahhh! Lebih kurang 15 minit macam tu baru habis. Aku rasa lega sikit dan menggigil. Oh menggigil tu perkara biasa bila dapat sedut tu. Then aku mintak inhaler dan bayar dan balik terus. Tanpa melengahkan masa, aku masuk bilik untuk sambung tidur. Walau macam mana pun, TIDUR tetap TIDUR! Around 7am, My lovely girlfriend called me, dia tanya okay tak? dia risau, katanya dia tak sedap hati. Dan aku dalam keadaan mamai, cakap lah aku okay semuanya. Tak perlu risau lagi, Inhaler dah ada sebelah. So, aku dah boleh pakai jika TERsesak nafas.





*Aku tetap degil, masih bermanja dengan kucing kesayangan, masih minum air bergas, masih banyak minum   ais, masih makan ice cream. Itu sebab aku selalu kena SEMPUT. Tak tahu macam mana nak kawal, sebab semuanya tu favourite aku! damn.

No comments: