Thursday 16 June 2011

Last paper and Overnight.

Sorry late update, 9june 2011 ialah tarikh terakhir aku exam di kolej komuniti sabak bernam. Ada 2 paper, subject Lukisan kerjaya and Cadd. Exam senang sangat, memang puas hati jawab soalan. Pada pukul 4pm, habis lah menjawab exam Cadd. Aku orang ke 3 terakhir keluar kelas. Kawan2 lain semua dah keluar dulu, sebab mereka semua jawab cepat. Habis je aku pun turun jumpa semua kawan. Semua salam menyalam, bermaaf-maafan sebab hari itu ada hari terakhir bagi semester kami. Lepas ni semua ada life sendiri, Sama ada sambung belajar atau kerja terus. Lepas kami bersalaman, kami pun pergi ke pejabat untuk jumpa pensyarah2 yang ajar kami. Mintak maaf dan mintak berkat dari mereka. Terima kasih kepada pensyarah2 yang telah ajar saya!

 Lepas itu, aku berjumpa dengan kawan aku, Arina. Dia ajak aku ikut dia dan kawan2 kelas dia pergi overnight di sitiawan. Aku malu dan aku kata taknak tapi dia mengajak aku lagi. Sampai nak belanja, So apa boleh buat? aku pun ikut tapi aku ajak kawan aku 2 orang, Ustad dan azri untuk teman. Petang itu, macam biasa aku pegi main futsal di taman rumah sewa aku. Pukul 8 baru balik rumah dan aku janji dengan Arina pukul 8.30 gerak. Balik rumah, aku terus siap dan ajak kawan aku pegi ke rumah Arina. Tunggu kereta ambik kami bertiga, Maklumlah kami kan boss. hehe.. Dalam pukul 8.40 macam tu baru sampai dan kami terus gerak. Kami singgah sitiawan nak tengok wayang cerita KL gangster tapi FULL. Oh sangat kecewa tapi tak apa. Kami singgah Manjung untuk Dinner! Terima kasih Arina sebab belanja! Lepas dinner kami gerak ke sitiawan semula untuk Karaoke tapi CANCEL. Tak tahu kenapa lah! :( So, Tak ada apa nak buat, kami pegi ke Lumut. Lepak2 dekat jeti tu sampai mengantuk. Borak2 dengan kawan2. Snap gambar ramai2. Lepas Lumut, kami singgah Teluk Batik sebab dah dekat. Kami lepak di tepi pantai ramai2, ada yang memancing. Aku tak minat mancing. So aku just jalan2 dan baring2 sambil sembang tepi pantai itu je. Last2 aku tertidur, sebab penat dan bosan malam tu. Ada yang pegi McD tapi ramai yang tertido sebab penat la kan. Tapi tidur pun tak cukup, dapat tidur macam2 tu je. Pagi dalam pukul 7 lebih, kami bangun dan naik kereta terus ke masjid untuk membersihkan diri masing2. Aku just cuci2 muka bagi segar. Mereka semua plan nak mandi sungai dekat Kuala Woh. Mula2 ada kata tak jadi, sebab jauh. Tapi last2 pergi jugak. Aku dengan tak ada pakaian lebih terpaksa singgah kedai beli. 

Sebelum pegi mandi, kami singgah sarapan pagi di Teluk intan. Lepas masing2 kenyang, baru bergerak ke destinasi. Singgah di Pekan Tapah untuk membeli pakaian aku, aku cuma beli seluar pendek. Terima kasih Arina sebab belanja lagi. HEHE.. So, lepas shopping seluar, perjalanan diteruskan. Dalam pukul 10 baru sampai Kuala Woh, terus cari port untuk letak barang. Dah siap2 semua, Apa lagi nak tunggu? Aku terjun lah dalam sungai. Lama dah tak mandi sungai. Bershampoo bagai dengan mereka. Pukul 12.30 kami naik, siap2 untuk balik. Lagi pun nak Solat jumaat kan? Sebelum balik, ambik gambar dulu! :) Kami singgah Masjid di pekan Tapah untuk menunaikan solat jumaat. Pukul 2 selesai solat, singgah makan di restoran berdekatan. 3pm kami beransur pulang ke Sabak bernam. Aku macam biasa, tidur je dalam kereta. Dalam 4pm macam tu baru sampai Rumah sewa. Terima kasih kepada kawan yang ada malam itu. i have a wonderful night with you all. 











*Sampai rumah terus siap2 untuk main futsal dekat taman. Futsal tetap futsal. hehe.. :)

No comments: