Thursday 16 June 2011

Selamat Tinggal Sabak Bernam. :(

Sorry late update again, 11June 2011. Hari sabtu iatu hari terakhir aku berada di Sabak Bernam. Aku akan meninggalkan tempat ni yang selama 2 tahun aku menetap sebagai pelajar Kolej Komuniti Sabak Bernam. Berat hati nak tinggalkan tempat ini. Banyak kenangan bersama kawan kolej dan kawan2 sabak bernam. Hari itu, baru lah aku rasa sedih sangat. 11.45 tiket bus aku. Pagi2 aku dah siap semua barang2 yang nak bawak balik ke Ampang. 11.30, aku pun siap2 untuk bergerak, Aku salam kawan2 rumah sewa aku dan meminta maaf jika ada salah.  Ustad kawan baik aku tolong hantar aku ke station bus Sabak Bernam. Dia meneman aku sekali di station bus. Untuk kali terakhir.. Bus pun sampai, aku salam dan meminta maaf dekat dia. Dalam bus, aku SMS semua orang yang aku tak sempat jumpa, aku bagitahu aku sudah beransur pulang. Sangat sedih ketika itu sampai mengalir air mata dalam bus. Background music pun Mariah carey - My all. Bagus la kan, lagi bertambah sedih aku dalam bus. Agak lama perasaan sedih tu nak hilang, aku sampai tak boleh tidur dalam bus. Dalam pukul 3.30pm macam tu, aku akhirnya sampai Ampang dan akan merindui Kelas SPS4A, pensyarah2, kawan2 sabak. Thanks for everything guys. :')




No comments: