Thursday 16 June 2011

Tournament Futsal di JPS Ampang.

Sorry late update again! 12June 2011, Hari ahad. Futsal tournament di JPS Ampang. Bermula pada pukul 8 hingga ke petang. Pukul 8 cabut undi dalam pukul 9 lebih baru mula main. Aku dengan team aku LIMAU FC. Team dari zaman sekolah lagi, player pun kawan2 sekolah. Cuma sekarang ada penambahan player baru tapi kawan kami juga.

Tournament ni ada 32 team yang berdaftar. Aku kumpulan C. Perlawanan pertama seri 1-1. Aku membuat kesalahan biasa iatu OWN GOAL. haih.. Perlawanan kedua kami menang 3-2 dan perlawanan terakhir bagi peringkat kumpulan kami menang 2-0. Kami bangga dapat lepas peringkat kumpulan, pusingan kedua kami membelasah pasukan yang mengumpul 9point penuh dalam peringkat kumpulan. Kami menang 3-0.

Peringkat suku akhir, hamper sudah dalam tangan. Kalau masuk separuh akhir, duit sudah dalam tangan. hehe tapi apakan daya, rezeki kami sampai suku akhir sahaja. Kami dibelasah 3-1 dengan pasukan dari lembah jaya. Pasukan yang ada kembar, kembar yang hebat! aku gagal mengawal mereka.

Lepas habis perlawanan, aku dengan azim menunggu penyampaian hadiah2. Terpaksa tengok perlawanan akhir. Pasukan kembar yang mengalahkan kami itu masuk final, tapi mereka kalah dengan pasukan yang kami seri di peringkat kumpulan. Selepas tamat perlawanan, penyampaian hadiah pun mula. No 5 hingga 8 akan mendapat hadiah saguhati iaitu hamper. No 3 dan 4 dapat hamper dan duit. Manakala juara dan naib juara dapat hamper, piala dan duit. Aku bangga dengan pasukan aku yang dah lama tak masuk mana2 tournament futsal dan tiba2 kami sampai ke suku akhir cuma tak ada rezeki. Insyaallah kami akan cuba lagi.

Limau FC (Atas : Akim,Anif,Acap,Azim) (Bawah : Kyo dan Arip)


Azim dan aku bersama hamper.

No comments: