Saturday 14 May 2011

Arabic Makeover contest by Wan eiza.

Sunday, 8may. Aku, zila , anim dan fiza bertolak dari kapar,klang (Rumah zila) pada pukul 7pagi ke Taman bukit jalil untuk Contest photoshoot yang bertemakan Arabic! Yeahhh arabian lah girlfriend aku ni. Bertolak menggunakan GPS Garmin, alat tu menunjukkan jalan yang betul tapi sedikit jauh. Apa2pun selamat sampai jugak di sana pada pukul 8.30. Sampai sana, aku jumpa kawan aku dan menolong mereka angkat hamper2 pemenang contest sebelum ni termasuklah hamper aku. Sebab aku dapat no 3 dalam kategori photographer berbakat dan Group terbaik no 3 juga. Lepas selesai semua, semua talent dipanggil untuk mengambil pakaian yang disponsor untuk masing2. Zila yang bersaiz kecil ini dapat warna kuning, mengikut no group yang ke 4. Bermulalah sesi make up bersama MUA aku kak azura. Make up mengambil masa yang agak lama dan diriku sudah pun rasa LEMAU. 3jam kemudian baru lah siap, Agak2 dalam pukul 12 lebih jugak siap semua. Selesai make up sesi makan pula. YAAAA itu yang aku tunggu2kan semasa dorang make up tadi. Dapat merasa masakkan kawan aku, anak kepada organiser contest ini. Nasi putih dan kari ayam, itu pun sudah mencukupi bagi aku. Sebab aku TERlalu LAPAR. Ok, lepas tu organiser memberi tahu yang sesi bergambar sampai pukul 3.30pm. Tanpa berlengah masa lagi, aku dan zila mula berjalan ke lokasi mengambil gambar. Kami jalan2 satu taman bukit jalil ni untuk mencari lokasi yang sesuai. Cuaca agak PANAS seperti di padang pasir, kenalah dengan tema ini. Betul2 panas dan berpeluh seperti bersukan. Kami sangat sangat penat, pada pukul 3.20pm kami berhenti bergambar dan berehat di tempat make up kami. Berehat seketika bersama COKE, oh rasa lega bila dapat minum! Lepas itu kepada MUA, Photog dan Talent, kami semua pergi ke depan untuk mengambil Door gift, Yeah dapat frame gambar! Selesai semua, kami pun pulang dengan gembira dan PENAT sangat. Whatever is it, that day we're all so happy and tired but we're all gets new experience. Here, have a look some of my shoot..







Selebihnya ada di album Facebook saya. : http://www.facebook.com/WayneDanny